Petua Kecantikan untuk sidara

Saturday, April 4, 2009

Kecantikan memang telah menjadi lumrah kepada remaja-remaja perempuan. Kebanyakkan mereka amat mementingkan penampilan agar sentiasa mengikuti peredaran semasa. Jika anda tertekan memikirkan bagaimana rupa anda apabila menjadi pelajar baru newcomer disekolah menengah, atau menjadi freshie di kolej, disini satu tips pantas untuk membantu mematangkan fesyen anda disana nanti.

Untuk pelajar menengah

Gunakan lip gloss, dan mascara, dan mungkin boleh menggunakan sedikit eyeshadow; tetapi jangan guna berlebihan kerana ia akan membuatkan anda nampak teruk. Jika anda ingin mencuba solekan baru, jadikan percubaan itu hanya dirumah sahaja. Setelah itu pakaian, kekalkan keadaan yang menyelesakan anda, dan ingat satu perkara: jika anda menggunakan bra atau baju dalam, jangan biarkan tali baju tergantung. Tidak nampak menarik begitu, ianya hanya menunjukkan anda nampak tidak kemas. Jika anda menggunakan short-shirt, lihat pada cermin buat penelitian adakah perut anda nampak tergantung di bawah. Jika begitu gunakan sesuatu yang lebih panjang. Serta, jika seluar anda nampak seperti hendak jatuh, gunakan tali pinggang. Tali pinggang telah menjadi hip sakarang ini.

Petua untuk Pelajar kolej

Kolej memang satu tempat yang penuh dengan keunikan dan anda perlukan sesuatu yang berbeza. Perubahan besar mungkin diperlukan agar menampakkan anda lebih berkeyakinan dan matang dari hari ini. Jadi sebagai seorang pelajar kolej and pasti mahu nampak menarik sperti kawan-kawan sebaya yang lain.

Anda sepatutnya telah memiliki solekan dan gaya rambut sendiri pada usia ini. Cuba dapatkan info atau petua terbaru untuk menambah gaya terkini anda, kerana tiada sesiapa pun yang akan membawa gaya di sekolah menengah ke kolej, cuba dapatkan informasi mengenai gaya rambut terkini dan beberapa perhiasan seperti funcky watch, bracelet, untuk melengkapkan penampilan baru. Dapatkan pada diri anda satu beg kulit untuk menyimpan buku-buku. Anda meungkin memrlukan satu jaket baru dan jadikan nya satu stail baru anda.angJadi anda telah tahu apa yang anda suka, dan apa lagi pergi dapatkan pakaian yang boleh menyerlahkan penampilan dan didalam masa yang sama membawa satu identiti baru.

The new me! dan matang sudah tentu. Semoga petua ini dapat membantu ada, sebanarnya banyak lagi petua yang anda boleh pelajari dan mungkin cara terbaik adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, ianya dapat meningkatkan awet muda dan seri wajah, amalkan petua-petua lama yang banyak menggunakan herba-herba semula jadi sebagai satu kaedah penjaaan kecantikan.

0 comments: